AHSGS Terima Kemasukan 157 Pelajar Baharu Pasca Siswazah

AHSGS Terima Kemasukan 157 Pelajar Baharu Pasca Siswazah
UUM ONLINE:  19 September - Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences (AHSGS) hari ini menerima kemasukan 157 pelajar baharu bagi trimester pertama 2018/2019 yang mendaftar sehingga jam 11.30 pagi tadi di ruang legar Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC).
 
Pelajar tersebut terdiri 116 orang pelajar program Sarjana dan 41 orang pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang ditawarkan program di tujuh Pusat Pengajian di bawah UUM CAS yang mana 144 adalah pelajar tempatan dan 13 lagi pelajar antarabangsa.
 
Bagi semester ini, AHSGS menawarkan 389 tempat kepada pemohon yang berjaya menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan PhD.
 
Antara kumpulan pelajar baharu yang mendaftar adalah dari Jabatan Penjara Malaysia seramai 21 orang yang merupakan graduan Diploma Siswazah Sains Koreksional (DSSK) dan mengikuti program peringkat Sarjana Sains (Sains Koreksional).
 
AHSGS mengalukan kehadiran semua pelajar baharu tersebut dan merakamkan penghargaan kerana memilih Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai gedung ilmu untuk melanjutkan pengajian mereka di peringkat pasca siswazah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia