Kerjasama UUM-Monash University Kukuhkan Persefahaman Dalam Menginsankan Pendidikan

Kerjasama UUM-Monash University Kukuhkan Persefahaman Dalam Menginsankan Pendidikan
UUM ONLINE: 4 Oktober - Kerjasama yang terjalin antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Monash University Malaysia diyakini akan mengukuhkan persefahaman kedua pihak dari aspek kepentingan dan keperluan dalam menginsankan pendidikan.
 
Kolaborasi itu diteruskan dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang mana UUM diwakili Naib Canselor, Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani dan Monash University Malaysia diwakili Presiden dan Ketua Eksekutif, Prof Andrew Walker di Balai Tamu, semalam.
 
Naib Canselor berkata, tujuan utama MoU ini adalah untuk mewujudkan perkongsian dinamik yang akan mempromosikan, mengembangkan dan memperkuatkan kerjasama akademik antara UUM dan Monash University.
 
Menurutnya, aspirasi itu akan membuka jalan dan manfaat kepada kedua-dua universiti dalam mengatasi isu-isu seperti permintaan ahli akademik dan penyelidik yang berpengalaman, khususnya dalam bidang pengurusan, perakaunan dan sistem maklumat.
 
"Akhir-akhir ini, sistem pendidikan kita tidak memenuhi keperluan masyarakat dan universiti lebih cenderung dinilai berdasarkan hasil akademik, sekali gus mewujudkan konflik antara kepentingan akademik dan juga masyarakat.
 
"Sehubungan itu, saya ingin menginsankan semula sistem pendidikan dan proses pembelajaran di universiti ini sebelum memikirkan untuk menggunakan pendidikan sebagai alat untuk humanisasi," katanya.
 
Naib Canselor berkata, menerusi MoU tersebut, UUM dan Monash University akan menjalinkan kerjasama dalam program mobiliti pelajar, pertukaran staf, kerjasama penyelidikan bersama dan penerbitan bersama.
 
Menurutnya lagi, dalam memastikan MoU itu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, UUM menerusi Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) dan Monash University telah mengadakan siri perbincangan awal tentang kerjasama dalam bidang penyelidikan yang menfokuskan kepada pembangunan ekonomi negeri Kedah.
 
Sementara itu, Prof Andrew Walker berkata, kerjasama yang dimeterai dengan UUM adalah satu pengalaman berharga dalam usaha mengukuhkan lagi kemahiran penyelidikan dan kemahiran pendidikan yang dibangunkan bersama antara kedua universiti.
 
Katanya, beliau menantikan kerjasama yang lebih besar dan proaktif antara UUM dan Monash University sama ada dalam bidang akademik atau profesional.
 
Oleh: Nordiana Shafiee
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia