ISSC'18 Platform Memperkukuhkan Bidang Pengurusan Secara Global

ISSC'18 Platform Memperkukuhkan Bidang Pengurusan Secara Global
UUM ONLINE: Sarawak - Mengangkat tema Softening the Hard Science Over the Soft Science, The 5th International Soft Science Conference 2018 (ISSC’18) memperlihatkan komitmen Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka terhadap aspek penyelidikan dan inovasi, terutamanya dalam mengimbangi proses pembangunan sosial dan manusia selaras dengan komuniti sekitar.
 
Persidangan selama tiga hari bermula 25 sehingga 27 September itu menghimpunkan lebih 200 ahli akademik dari dalam dan luar negara, penyelidik dan penggiat industri bagi membincangkan dan berkongsi idea dan penyelidikan mereka untuk mengukuhkan bidang pengurusan di dalam negara dan secara global.
 
Majlis perasmian ISSC’18 anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi  (RIMC) itu telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Ayoib Che Ahmad di Hotel Waterfront Kuching.
 
Menurutnya, UUM sangat menitikberatkan aspek penyelidikan dan inovasi khususnya dalam bidang pengurusan atau sains lembut (soft science) dan persidangan itu merupakan satu inisiatif yang bijak dalam menggalakkan penyelidikan tempatan dan pembangunan di peringkat antarabangsa. 
 
"Kita telah memperoleh lebih RM100,000,000 geran penyelidikan dan perundingan dan lebih daripada 7000 penerbitan dalam bidang pengurusan dan pengurusan perniagaan sejak lima tahun yang lalu, justeru UUM berharap dapat meningkatkan bilangan produk penyelidikan dan penerbitan penyelidikan.
 
“Kertas kerja berkualiti tinggi tersebut akan diindeks oleh Scopus atau WoS yang secara tidak langsung juga akan membantu meningkatkan ranking universiti penyelidik terlibat dan juga kepada indeks penerbitan peribadi mereka,” katanya yang turut menyampaikan Anugerah Kertas Kerja Terbaik pada majlis tersebut.
 
Sementara itu, Pengarah ISSC’18 yang merupakan Timbalan Pengarah (Penerbitan Penyelidikan) di RIMC, Prof Madya Sr Dr Mohd Nasrun Mohd Nawi  berkata, rentetan kejayaan ISSC’16 yang diadakan pada tahun 2016 telah mendorong ISSC’18 diteruskan sebagai platform yang bernilai untuk para pembentang dan peserta untuk bertukar idea dan bersama-sama terlibat dalam menerokai isu-isu semasa bersesuaian dengan tema persidangan edisi kali kelima itu.
 
Menurutnya, sebanyak 185 kertas kerja diterima pihaknya untuk diterbitkan dan dibentangkan sepanjang persidangan berlangsung melibatkan pembentang tempatan dan antarabangsa.
 
Katanya lagi, pihak RIMC sangat berbesar hati menerima tajaan daripada Biro Konvensyen Sarawak, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan KPJ Healthcare Berhad dalam menjayakan ISSC’18.
 
Peserta, Dr Jason Lim dari Universiti Malaysia Sarawak berkata, beliau gembira apabila kertas kerjanya terpilih menerima Anugerah Kertas Kerja Terbaik dan berharap ISSC dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. 
 
Dua lagi penerima Anugerah Kertas Kerja Terbaik ialah penulis utama iaitu Yuhaniz Ahmad dan Prof Madya Dr Mukaramah Harun masing-masing dari Pusat Pengajian Sains dan Kuantitatif dan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan.  
 
Hadir sama menyampaikan ucap tama ialah Pengarah Institut Kajian Etnik, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dan Prof Emeritus Dr Ranjit Singh Darshan Singh dari Pusat Pengajian Antarabangsa, UUM yang turut membincangkan isu-isu pembangunan dalam masyarakat.
 
Oleh: RIMC
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia