Naib Canselor Menghadap Tunku Pro-Canselor Sembah Maklum Majlis Konvokesyen Ke-31

Naib Canselor Menghadap Tunku Pro-Canselor Sembah Maklum Majlis Konvokesyen Ke-31

UUM ONLINE: Alor Setar, 6 Oktober - Naib Canselor, Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani telah menghadap Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Ibni Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah merangkap Pro-Canselor UUM di Keriang Hill, pagi tadi.

Majlis menghadap ini bertujuan menyembah maklum bahawa Yang Berhormat Menteri Pendidikan telah bersetuju dengan pelantikan Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehudin, Raja Muda Kedah sebagai Pro-Canselor baharu UUM berkuat kuasa 1 Ogos 2018 sehingga 31 Julai 2021.

Selain itu, beliau menyembah maklum tentang Majlis Konvokesyen Ke-31 UUM akan berlangsung pada 11 hingga 15 November ini yang mana UUM akan memulakan istiadat konvokesyen dengan pemasyhuran Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah sebagai Pro-Canselor UUM yang baharu pada sesi pertama.

Naib Canselor juga menyembah maklum tentang sesi Majlis Konvokesyen Ke-31 bersama Tunku Pro-Canselor adalah pada sesi ketiga.

Oleh: Seksyen Media

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia