Naib Canselor Terima Kunjungan Hormat Ketua Pengarah IDFR

Naib Canselor Terima Kunjungan Hormat Ketua Pengarah IDFR
UUM ONLINE: Naib Canselor, Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Dato' Mohamad Sadik Kethergany di Balai Tamu, pagi tadi.
 
Kunjungan beliau itu adalah sempena program Diploma in Diplomacy (DiD) 2018 anjuran bersama The SoIS Asian Institute of International Affairs and Diplomacy (AIIAD),UUM dengan IDFR yang turut menggabungkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Kemahiran Kepimpinan dari 2 April hingga 11 Oktober 2018.
 
Pada pertemuan itu, Dato' Mohamad Sadik menerangkan tentang program yang dijalankan sepanjang tiga hari di UUM dan kawasan sekitar, antaranya lawatan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Bukit Kayu Hitam, mendaki bukit Bunga Raya dan sesi perkongsian ilmu.
 
Objektif DiD 2018 adalah untuk memberi pendedahan kepada diplomat muda tentang bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa, untuk mempersiapkan mereka sebelum memulakan kerjaya diplomatik dengan berkeyakinan serta menyesuaikan diri masing-masing dengan kemahiran profesional asas yang diperlukan sebagai Pegawai Diplomatik Malaysia.
 
Program yang disertai 16 pegawai dari Kementerian Luar Negeri itu adalah berdasarkan perbincangan bersama Ketua Pengarah IDFR semasa Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara IDFR dan UUM pada Ogos lalu.
 
Oleh: Seksyen Media
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia