ISS 2018 Medan Perkongsian Amalan Inovatif Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran

ISS 2018 Medan Perkongsian Amalan Inovatif Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran
UUM ONLINE: 8 Oktober - 3rd Inspirational Scholar Symposium (ISS 2018) anjuran Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) menjadi medan kepada ahli akademik dari pelbagai latar belakang untuk berkongsi penemuan terkini dan amalan inovatif terbaik masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran.
 
Pengarah UTLC, Prof Madya Ts Dr Mohamad Shahbani Abu Bakar berkata, dengan tema 'Accelerating Potential, Shaping The Future', simposium kali ketiga itu menyediakan ruang kepada ahli akademik untuk berkongsi pengetahuan, idea dan hasil penyelidikan dalam amalan pengajaran, penglibatan pelajar, maklum balas pelajar dan refleksi diri tentang pengajaran dan pembelajaran.
 
Menurutnya, ISS 2018 menfokuskan kepada meletakkan kedudukan bidang penyelidikan dalam kecemerlangan global selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025.
 
"Setiap penyelidikan yang dijalankan ini adalah yang boleh memberi manfaat terus kepada masyarakat dan juga negara dalam menangani isu-isu semasa dan global.
 
"Menerusi simposium ini, peserta akan digalakkan untuk meningkatkan amalan inovatif dan penggunaan teknologi dalam membangunkan pengetahuan dalam semua bidang," katanya pada Majlis Pembukaan ISS 2018 di EDC Hotel & Resorts, pagi tadi.
 
Pada ISS 2018, Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik, Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof Madya Dr Wan Zuhainis Saad dan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Dr Rozhan Mohammed Idrus menyampaikan ucap tama masing-masing, diikuti Bengkel Pembelajaran Kursus Dalam Talian Terbuka (MOOC) pada sebelah petang.
 
Oleh: Nordiana Shafiee
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia