SIQIC 5 Beri Pendedahan Untuk Organisasi Hadapi Cabaran IR4.0

SIQIC 5 Beri Pendedahan Untuk Organisasi Hadapi Cabaran IR4.0
UUM ONLINE: Pahang - Cabaran menghadapi era Revolusi Industri (IR4.0) semakin dirasai, namun sejauh manakah persediaan sektor awam dan swasta untuk berdepan dengan gelombang yang melewati dunia global kini.
 
Menyedari hakikat itu, Institut Pengurusan Kualiti (IPQ), UUM telah menganjurkan Seminar Integriti, Kualiti, Inovasi dan Kreativiti (SIQIC)  pada 3 hingga 5 Oktober lalu di Copthorne Hotel, Cameron Highlands.
 
SIQIC 5 yang mula dianjurkan sejak 2014 oleh IPQ dengan kerjasama Politeknik Seberang Perai memfokuskan agenda IR4.0 dalam aspek integriti, kualiti, inovasi dan kreativiti.
 
Seminar ini berjaya menarik penyertaan seramai 40 orang terdiri dari organisasi seperti Daihatsu, Jabatan Perdana Menteri, FELCRA, UMT, UiTM, UUM, Jabatan Kesihatan Perak dan beberapa organisasi lain.
 
Penceramah jemputan yang menjayakan seminar ini terdiri daripada Pengarah Kanan Institut Integriti Malaysia, Dr Mohd Nizam Mohd Ali; Pengurus di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Mokhzani Aris Mohd Yusoff; Ketua Pegawai Eksekutif, Penang Skills Development Centre (PSDC), Muhamed Ali Hajah Mydin; Perunding Utama di SIRIM Berhad, Kamal Ariffin Khamarudin dan Pengarah Urusan Durian Digital Sdn. Bhd., Sinan Ismail.
 
Antara pengisian sepanjang seminar itu adalah mengenai kepentingan nilai integriti dalam kepimpinan sebagai paksi organisasi mengharungi cabaran IR4.0, perbezaan kemahiran-kemahiran dalam bidang kualiti yang diperlukan pada tahun 2020 berbanding tahun 2015, kepentingan institusi pendidikan menyediakan graduan berkemahiran tinggi yang diperlukan oleh industri 4.0 dan perkongsian faktor kejayaan animasi Didi & Friends dan Omar & Hana sehingga mencapai sejuta subscribers di Youtube. 
 
Pengarah IPQ, Prof Dr Nor Aziah Abd Manaf berkata, setiap peserta mampu menjadi pemangkin kepada perubahan positif dan kekal berdaya saing seiring dengan transformasi digital demi kemajuan organisasi masing-masing.
 
Oleh: Institut Pengurusan Kualiti (IPQ)
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia