Sesi Perkongsian Ilmu Perkenal Mahasiswa Kepada IDFR, Karier Bidang Diplomasi

Sesi Perkongsian Ilmu Perkenal Mahasiswa Kepada IDFR, Karier Bidang Diplomasi
UUM ONLINE: Bagi memberi pendedahan tentang kerjaya dalam bidang diplomatik dan hubungan antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) melalui SoIS Asian Institute of International Affairs and Diplomacy (AIIAD) telah menganjurkan sesi perkongsian ilmu, Career Development Talk di Auditorium SoIS baru-baru ini.
 
Sesi perkongsian ilmu ini dianjurkan bersempena program Diploma in Diplomacy (DiD) hasil usahasama antara SoIS dan Institut Diplomasi & Hubungan Luar Negeri (IDFR), Kementerian Luar Negeri.
 
Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini melibatkan 16 orang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) bersama empat pegawai pengiring daripada IDFR diketuai Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Sadik Kethergany.
 
"IDFR adalah pusat latihan dan penyelidikan antarabangsa dalam hubungan diplomasi dan hubungan antarabangsa. Sesi hari ini bertujuan berkongsi ilmu tentang bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa sebagai persediaan untuk pelajar memulakan kerjaya diplomatik," kata Datuk Muhammad Sadik Kethergany dalam ucapannya.
 
Empat pegawai PTD, Muhammad Muhaimin Rasidi, Syarifah Jamiatul Amira Syed Mansor, Farah Syafina Bahari dan Sarah Zahira Ruhama berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai bidang diplomatik dan hubungan antarabangsa dengan mahasiswa UUM yang hadir pada program itu.
 
Pegawai PTD, Syarifah Jamiatul Amira berkata pelajar perlu mempunyai daya tahan diri yang tinggi untuk menjadi pegawai tadbir diplomatik kerana beban kerja sebagai seorang pegawai diplomatik adalah sangat mencabar, tidak dapat dijangka dan mencabar pada masa yang sama.
 
"Biasanya tugasan yang diberikan adalah di luar kemampuan diri sendiri. Jadi, amat penting bagi seseorang itu untuk bersedia dalam apa jua keadaan agar dapat menyelesaikan tugasan yang diamanahkan," katanya.
 
Sementara itu, Farah Syafina Bahari pula berkata individu yang ingin menyertai IDFR perlu banyak membaca dan mengambil tahu akan isu-isu semasa terutamanya isu-isu bekenaan dasar luar Malaysia. 
 
"Amat penting untuk seseorang itu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas agar dapat mengikuti perkembangan sejarah atau isu-isu semasa. Individu tersebut juga perlu menyemai rasa ingin tahu dalam diri masing-masing agar dapat terus belajar dan melaksanakan tugas dengan baik,” ujarnya
 
Mahasiswa yang hadir pada program itu juga didedahkan mengenai cara-cara menyertai IDFR. Hadir sama Pengarah AIIAD, Prof. Madya Dr. Muhammad Muda.

Oleh: Aina Syamimi Che Hassan

 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 
 
 
 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia