Hasilkan Kajian Berimpak Tinggi Dan Memberi Manfaat Kepada Masyarakat

Hasilkan Kajian Berimpak Tinggi Dan Memberi Manfaat Kepada Masyarakat
UUM ONLINE: Penyelidik universiti ini yang terlibat dengan Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ), UUM disaran untuk menghasilkan kajian berimpak tinggi dan mampu memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya umat Islam di negeri Kedah.
 
Naib Canselor, Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, seramai 20 penyelidik UUM menerusi IPIZ itu telah dipilih untuk membantu Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi meningkatkan keupayaan pengurusan institusi zakat di negeri ini.
 
Sehubungan itu, menurutnya, menjadi amanah kepada penyelidik terbabit untuk sentiasa menjalankan penyelidikan atau kajian yang diamanahkan dengan sempurna.
 
"Mereka juga harus berusaha memastikan hasil kajian itu dapat memberi sumbangan balik kepada industri zakat agar dapat mencapai matlamat yang ditentukan Allah.
 
"Selain itu, bagi menguruskan agihan balik daripada LZNK kepada UUM pula, kita telah menubuhkan dua entiti pengurusan berkaitan zakat di UUM iaitu Bahagian Wakaf, Zakat dan Endowmen di Jabatan Enterprise UUM yang akan menguruskan aktiviti agihan, manakala IPIZ-LZNK akan mengendalikan aktiviti penyelidikan dan perundingan," katanya pada Majlis Penyerahan Cek LZNK dan Persidangan Hala Tuju Penyelidikan IPIZ-LZNK di EDC Hotel & Resorts, pagi tadi.
 
Naib Canselor berkata, UUM sentiasa berusaha untuk membantu LZNK dalam menggiatkan kutipan zakat dalam kalangan staf universiti menerusi kaedah pemotongan gaji dan bermula tahun ini, Jabatan Bendahari hanya menguruskan potongan gaji untuk LZNK sahaja.
 
Menurutnya lagi, UUM juga berhasrat untuk meningkatkan lagi kutipan zakat staf UUM dari semasa ke semasa termasuk kutipan zakat terhadap anak syarikat.
 
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Zakaria Othman berkata, menjadi harapan dan hasrat LZNK untuk memartabatkan institusi zakat bukan sahaja di peringkat nasional, malah antarabangsa.
 
"Sekarang dunia tercari-cari tentang institusi zakat yang boleh dirujuk dan saya mengambil peluang ini untuk menjalinkan kerjasama dengan penyelidik dari UUM untuk menghasilkan kajian bertaraf dunia yang mana kelak negeri ini bakal menjadi pusat rujukan zakat dunia.
 
"Saya berharap dengan kerjasama ini, LZNK dapat memperkasakan tadbir urus institut zakat di Kedah dan UUM menjadi pusat rujukan penting kepada semua pihak bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia," katanya.
 
Pada majlis tersebut, beliau turut menyerahkan replika cek bernilai  yang merupakan serahan pertama dan kedua di UUM sebagai sumbangan balik tiga per lapan (3/8) daripada hasil kutipan zakat staf UUM pada 2017 hingga pertengahan 2018.
 
Turut berlangsung Bual Bicara Santai 'Hala Tuju Penyelidikan Zakat' bersama panel iaitu Ketua Pegawai Eksekutif LZNK; Pengarah IPIZ, UUM-LZNK, Prof Madya Dr Muhammad Nasri Md Hussain dan Profesor di Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Prof Dr Abdullah Abdul Ghani.
 
Oleh: Nordiana Shafiee 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia