Mahasiswa UUM Dapat Tajaan Penuh Maybank 

Mahasiswa UUM Dapat Tajaan Penuh Maybank
UUM ONLINE: Dua pelajar UUM College of Bussiness (UUM COB) terpilih menerima tajaan penuh Maybank bagi mengikuti praktikum di salah satu Cawangan Maybank di seluruh ASEAN.  
 
Mereka terdiri daripada pelajar Sarjana Muda Perakaunan, Muhammad Ridhwan Othman dan Yap Jia Hui.
 
Menurut Muhammad Ridhwan, pemilihan ini dibuat melalui program Maybank Impact Challenge yang menghimpunkan 150 pelajar tahun akhir UUM COB anjuran Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, (PPA COB) dan Maybank, di Dewan Seminar C, STML dan dewan kuliah sekitar, baru-baru ini. 
 
“Saya sama sekali tidak menyangka akan terpilih menyertai program ini, ujian amat sukar dan peserta hebat-hebat belaka dengan menyaksikan saingan cukup sengit. 
 
“Ini kali pertama saya hadapi cabaran sebegini sukar yang betul-betul paksa kita untuk faham sesuatu perkara.
 
“Yang mencabarnya kita perlu buat banyak perkara dalam satu masa maknanya kita perlu buat keputusan untuk tiga perkara yang berbeza yang mana ketiga-tiga perkara itu penting untuk membawa kemenangan kepada kumpulan,” katanya.
 
Ujarnya, cabaran yang diberikan berkaitan dengan dunia luar perkara yang benar-benar berlaku di dunia sekali gus memberi lebih pendedahan sebagai bekalan dan persediaan untuk menghadapi dunia luar.
 
“Saya bersyukur berpeluang menyertai program berharga dan inilah hasil daripada latihan dan leadership programme yang saya sertai sepanjang menjadi ahli Beta Gamma Sigma,” ujarnya yang aktif dalam kelab NOVAC.
 
Sementara itu, Dekan PPA COB, Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali berkata, program itu bertujuan mengetengahkan kepintaran dan kemahiran serta mencari mahasiswa yang menepati ciri-ciri holistik sebagai pemimpin masa hadapan.  
 
“Mereka berjaya melepasi tiga cabaran utama, setiap daripada cabaran tersebut dipecahkan dengan pelbagai ujian termasuk kecerdasan berfikir, berinteraksi secara spontan dan ketahanan mental,” tambahnya. 
 
Beliau turut berbesar hati dan mengucapkan tahniah atas kejayaan mereka untuk menimba pengalaman terbaik.
 
“Peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Maybank bukanlah sesuatu yang mudah dan peserta harus menggunakan peluang dengan bijaksana dan mempelajari ilmu sebanyak mungkin untuk manfaat di kemudian hari,” ujarnya. 
 
Oleh: Seksyen Media  
 
 
 
 
  

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia