Dato' Prof Dr Sudin Haron Dilantik Sebagai Pengerusi LPU UUM Baharu

Dato' Prof Dr Sudin Haron Dilantik Sebagai Pengerusi LPU UUM Baharu
UUM ONLINE: Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia, Dato’ Prof Dr Sudin Haron telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UUM baharu berkuat kuasa 1 Oktober 2018 hingga 30 September 2021.
 
Pelantikan beliau telah dibuat Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.
 
Dato’ Prof Dr Sudin adalah bekas Profesor UUM yang merupakan antara perintis awal universiti ini.
 
Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau di UUM ialah Dekan Sekolah Pengurusan, Dekan Sekolah Kewangan dan Perbankan, Pengarah Institut Pembangunan Keusahawanan (IPK) dan Pengarah Pusat Penyelidikan.
 
Di peringkat nasional, beliau adalah bekas Pengarah Bebas di CIMB Islamic Berhad dan juga Ahli Jawatankuasa Kumpulan Shariah, selain pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
 
Naib Canselor dan seluruh warga UUM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau dan berharap dengan pelantikan itu akan dapat memacu UUM ke arah yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
 
YB Menteri Pendidikan Malaysia dan UUM juga menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Siti Sa’diah Sheikh Bakir atas perkhidmatan cemerlang beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UUM sejak 1 Jun 2016 dan berakhir 30 September lalu.
 
Oleh: Seksyen Media
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 
 
 
 
 
 
 
 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia