Cabaran Besar Kekalkan Kecemerlangan UUM

Cabaran Besar Kekalkan Kecemerlangan UUM

UUM ONLINE: Kuala Lumpur - Seiring dengan perkembangan maju yang dikecapi, Universiti Utara Malaysia (UUM) terus menonjolkan pencapaian yang membanggakan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Dato’ Dr. Sudin Haron berkata, berikutan pencapaian demi pencapaian yang diperoleh UUM itu, adalah menjadi satu cabaran untuk memastikan UUM berkembang maju dan terus mengekalkan kejayaan serta kecemerlangan yang telah dicapai.

Menurutnya, dalam mengekalkan kecemerlangan itu, ‘worklife balance’ dalam kalangan warga kerja UUM tidak akan dilupakan agar ia dapat diterap dan dikekalkan.

“Pada masa sama, saya akan berusaha memastikan fokus UUM sebagai institusi pendidikan dimartabatkan sepenuhnya sebagai sebuah tempat untuk melatih dan melahirkan graduan yang berkualiti tinggi serta berintegriti.

“Selain itu, nilai-nilai murni yang diamalkan dengan motto ‘ILMU, BUDI, BAKTI’ dapat diamalkan dengan lebih baik lagi seperti menjaga persekitaran yang bersih, gaya hidup sihat, mengelakkan pembaziran material, masa dan tenaga, penjagaan kesihatan kakitangan serta mengurangkan karenah birokrasi dan protokol,” katanya pada Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi LPU UUM di EDC Hotel, baru-baru ini.

Prof. Dato’ Dr. Sudin berkata, Tan Sri Siti Sa’diah Sheikh Bakir telah menyumbang bakti kepada UUM selama hampir 3 tahun bermula sejak Mei 2016 sehingga September 2018.

Katanya, dalam tempoh tersebut, banyak kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa hingga membolehkan UUM menjadi pesaing hebat kepada lima Universiti Penyelidikan (RU) di Malaysia.

Tambahnya, beliau berharap sokongan dan kerjasama dari seluruh ahli LPU, pengurusan tertinggi UUM serta seluruh warga UUM bagi memastikan segala perancangan untuk UUM dapat dilaksanakan.

Sementara itu, Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, sumbangan Yang Berbahagia Tan Sri kepada pembangunan dan kecemerlangan UUM sepanjang memimpin UUM sangat signifikan dengan pencapaian yang telah diperolehi.

Menurutnya, beliau bagi pihak warga UUM merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan dan komitmen Yang Berbahagia Tan Sri yang tidak berbelah bagi untuk memajukan UUM.

Katanya, beliau juga menaruh kepercayaan dan keyakinan dengan pengalaman Pengerusi LPU baharu yang pernah bersama UUM sejak 1989 sehingga 2006 dan juga pengalamannya bersama dunia korporat mampu mengekalkan dan membawa UUM ke tahap yang lebih tinggi sesuai dengan motto UUM untuk menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka.

Oleh: Seksyen Media

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia