6,156 Graduan Bakal Terima Ijazah Pada Majlis Konvokesyen Ke-31

6,156 Graduan Bakal Terima Ijazah Pada Majlis Konvokesyen Ke-31
UUM ONLINE: Alor Setar - Seramai 6,156 graduan bakal menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen Ke-31 Universiti Utara Malaysia (UUM) yang akan berlangsung selama lima (5) hari berturut-turut mulai 11 hingga 15 November 2018 di Dewan Mu’adzam Shah.
 
Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, majlis tersebut akan dimulakan dengan dengan pemasyhuran Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah sebagai Pro-Canselor UUM yang baharu pada sesi pertama.
 
Tahun ini, menurutnya, UUM turut mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Logistik) kepada Pengarah Urusan dan Ketua Pengarah Eksekutif PKT Logistics Group Sdn. Bhd., Dato’ Michael Tio yang merupakan Profesor Adjung UUM.
 
Katanya, beliau akan menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Logistik) yang disampaikan oleh Canselor, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah juga pada sesi pertama.
 
“Pada majlis ini, terdapat sembilan sesi melibatkan 6,156 graduan terdiri daripada 4,726 graduan Sarjana Muda dan 1,430 graduan pasca siswazah.
 
“Daripada jumlah graduan pasca siswazah itu, 326 adalah graduan Ijazah Doktor Falsafah, Doktor Pengurusan (7) dan Doktor Pentadbiran Perniagaan (14) serta Ijazah Sarjana (1,083),” katanya.
 
Naib Canselor berkata, 668 dari 4,726 graduan Ijazah Sarjana Muda mendapat Ijazah Kelas Pertama.
 
Tambahnya lagi, bilangan graduan PhD, DBA dan D.Mgmt juga turut menunjukkan peningkatan sebanyak 13 orang (3.74%) kepada 347 berbanding konvokesyen tahun lalu seramai 334 graduan.
 
Selain itu, katanya, seramai 748 graduan dipilih untuk menerima 35 anugerah utama universiti termasuk anugerah baharu diperkenalkan.
 
“Pada majlis konvokesyen ini turut menyaksikan 44 graduan dari tiga program peringkat Sarjana dan Sarjana Muda melahirkan graduan sulung daripada program Sarjana Sains (Analisis Data), Sarjana Sains (Kepengetuaan) dan Sarjana Muda Pengurusan Acara.
 
“Dalam kita meraikan graduan ini, tidak ketinggalan dengan penganjuran Pesta Konvokesyen yang bertemakan ‘Ilmu, Budi, Bakti : Tonggak Pendidikan Keinsanan’ mulai 8 hingga 15 November di Tapak Ekspo, Padang Kawad PALAPES dan sekitar kampus,” ujarnya.
 
Pesta Konvokesyen Ke-31 UUM ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti berbentuk akademik, keusahawanan, kebudayaan dan kesenian, sukan dan rekreasi, kerohanian serta pameran dengan jumlah gerai pameran dan lot jualan sebanyak 130 lot termasuk gerai jualan pelajar UUM.
 
Oleh: Nordiana Shafiee
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia