Amalkan Integriti Apabila Melangah Ke Alam Pekerjaan – Tun Ahmad Fairuz

Amalkan Integriti Apabila Melangah Ke Alam Pekerjaan – Tun Ahmad Fairuz

UUM ONLINE: Pro Canselor, Yang Amat Berbahagia, Tun Dato’ Sri (Dr.) Ahmad Fairuz Dato’ Sheikh Abdul Halim mengingatkan para graduan agar mengamalkan integriti tanpa kompromi apabila melangkah masuk ke alam pekerjaan kelak.

Menurut beliau, alam pekerjaan penuh dugaan dan cabaran justeru beberapa prinsip utama kehidupan perlulah diberi perhatian khasnya etika dalam pekerjaan dan kehidupan seharian.

"Integriti dan etika menjadi perkara asas dalam menentukan kecemerlangan diri, keluarga, organisasi dan negara selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 untuk membentuk sebuah masyarakat bermoral dan beretika, serta mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh.

"Memandangkan graduan selepas ini akan menyertai sektor tenaga kerja, saya tidak ragu-ragu menyatakan bahawa etika kerja yang positif adalah sangat perlu untuk kita memulakan langkah menuju puncak kehidupan dan kerjaya," tegasnya ketika berucap pada sesi keempat Majlis Konvokesyen UUM ke-31.

Tambahnya lahi mengamalkan integriti juga adalah penting untuk mendapat keberkatan Allah S.W.T.

"Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam (SAW) pernah bersabda:

“Barang siapa mencari keredaan Allah dengan (sesuatu yang menyebabkan) kemarahan manusia, maka Allah akan melindunginya dari kejahatan manusia. Dan, barang siapa mencari keredaan manusia dengan (sesuatu yang menyebabkan) kemurkaan Allah, maka Allah akan menyerahkannya kepada manusia.”

"Ini bermakna segala tindak tanduk kita dalam menjalankan tugas, dan juga dalam kehidupan hendaklah berpaksikan kebenaran dan keadilan. Hal ini secara langsung akan memperkasakan integriti kita.

"Selain itu cendekiawan Albert Einstein juga pernah menyebut, “integrity without knowledge is weak and useless, and knowledge without integrity is dangerous and dreadful….”

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memperkasa dan membudaya integriti tinggi dalam setiap aspek kehidupan bagi memastikan negara kita sentiasa ditunjangi ahli masyarakat yang madani," jelasnys.

Seramai 787 graduan menerima ijazah masing-masing pada sesi keempat ini yang disampaikan Tun Dato’ Sri (Dr.) Ahmad Fairuz.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada graduan yang menerima ijazah, ibu bapa dan ahli keluarga yang telah banyak memberi semangat dan sokongan kepada para graduan dan UUM kerana berjaya menyediakan prasarana yang begitu baik serta tenaga akademik yang komited dan berwibawa untuk membantu proses pembelajaran dan pengajaran graduan sepanjang mereka berada di UUM.

Oleh: Mohd Amir Aizat Sainon

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia