UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
PERMOHONAN MENGISI JAWATAN KOSONG

|
Jawatan : PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL GRED N41 (1 KEKOSONGAN) Taraf Jawatan : Kontrak Jadual Gaji : P1T1 RM1690.28 – P1T27 RM4640.28
Syarat Kelayakan : (i) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T3); DAN (ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang mempunyai latar belakang pendidikan sains tulen) |
|
Jawatan : PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 (1 KEKOSONGAN) Taraf Jawatan : Tetap Gred Gaji : P1T1 RM1688.89 – P1T27 RM4638.89
Syarat Kelayakan : (i) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T3); ATAU (ii) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T3); ATAU (iii) Ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T7); ATAU (iv) Ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T10); DAN (v) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. |
|
Jawatan : PEGAWAI FARMASI GRED U41 (1 KEKOSONGAN) Taraf Jawatan : Tetap Gred Gaji : P1T1 RM1999.19 – P1T24 RM4723.81
Syarat Kelayakan : (i) Ijazah Sarjana Muda Farmasi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN (ii) Telah berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia; DAN (iii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. |
|
Jawatan : PEGAWAI KEBUDAYAAN GRED B27 (1 KEKOSONGAN) Taraf Jawatan : Tetap Jadual Gaji : P1T1 RM1210.60 – P1T26 RM3033.15
Syarat Kelayakan : (i) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreatif; DAN (ii) Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan; DAN (iii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU (iv) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B27 : P1T5); DAN (v) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. |
|
Jawatan : PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 (2 KEKOSONGAN) Taraf Jawatan : Tetap Gred Gaji : P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10
Syarat Kelayakan : (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T1); ATAU (ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T5); DAN (iii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang mahir berbahasa Inggeris) |
|
Jawatan : PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S27 (1 KEKOSONGAN) Taraf Jawatan : Tetap Gred Gaji : P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10
Syarat Kelayakan : (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab; ATAU (ii) Syahadah Institut Tahfiz dan Latihan Al-Quran daripada Maahad Tahfiz Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred S27 : P1T5); ATAU (iii) Diploma dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S27 : P1T5); DAN (iv) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. |
|
Jawatan : PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29 (1 KEKOSONGAN) Taraf Jawatan : Tetap Gred Gaji : P1T1 RM1160.69 – P1T27 RM3057.39
Syarat Kelayakan : (i) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada Kolej Inspektor Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29 : P1T6); DAN (ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. |
|
Jawatan : PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29 (3 KEKOSONGAN) Taraf Jawatan : Tetap Gred Gaji : P1T1 RM1160.69 – P1T27 RM3057.39
Syarat Kelayakan : (i) Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29 : P1T6); DAN (iii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. |
|
Jawatan : PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17 (1 KEKOSONGAN) Taraf Jawatan : Tetap Gred Gaji : P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
Syarat Kelayakan : (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. DAN (ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang boleh berbahasa Inggeris dan lain-lain bahasa serta berkebolehan mengendalikan komputer) |
|
Jawatan : PENOLONG JURURAWAT GRED U11 (1 KEKOSONGAN) Taraf Jawatan : Tetap Gred Gaji : P1T1 RM738.99 – P1T22 RM1766.54
Syarat Kelayakan : (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN (ii) Tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Kelayakan Penolong Jururawat yang diiktiraf oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred U11 : P1T4); DAN (ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. |
(i) Borang permohonan boleh didapati daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM SIntok, Kedah dengan mengemukakan sampul surat berukuran 26cm x 34cm beralamat sendiri dan bersetem RM0.50 atau datang mengambilnya sendiri di Kaunter Jabatan Pendaftar, UUM dengan bayaran sebanyak RM 5.00 yang boleh dibayar di Kaunter Bendahari, UUM atau dalam bentuk Wang Pos, dibayar atas nama ‘BENDAHARI UUM’.
(ii) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
(ii) Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa memohon dan menghantar borang.
(iii) Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :
Tel : 04-928 4131/3042
(v) Tarikh tutup permohonan : 08 Oktober 2009 (Khamis)