Sintok, 24 Mei - Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (MPUUM) telah mengadakan sesi pertemuan bersama Prof. Dr. Mohd. Azizuddin bin Mohd. Sani, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UUM bagi membincangkan beberapa isu kritikal semasa yang melibatkan universiti khususnya dalam aspek akademik dan pengantarabangsaan.

Pertemuan tersebut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta mendapatkan maklum balas berkaitan isu semasa termasuk pelaksanaan BDR, cabaran pengambilan pelajar antarabangsa yang menunjukkan trend penurunan serta beberapa perkara lain berkaitan pembangunan akademik universiti.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh keperluan untuk MPUUM bergerak lebih aktif melalui pelaksanaan perbincangan ilmiah (discourse & engagement) yang dapat memberi impak kepada warga universiti, komuniti akademik dan pihak berkepentingan.
MPUUM komited untuk terus memainkan peranan sebagai platform intelektual universiti dalam menyumbang idea, pandangan dan cadangan strategik ke arah memperkukuhkan kecemerlangan akademik serta agenda pengantarabangsaan UUM.
30 April 2026- Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia telah mengadakan sesi beramah mesra dengan ahli-ahli baharu MPUUM iaitu satu sesi yang santai yang dipengerusikan oleh Pengerusi MPUUM, Prof. Dr. Abdul Halim bin Abdul Majid. Sesi ini secara tidak langsung telah menjadi satu platform untuk perkongsian pendapat dan idea dalam membantu meningkatkan keterlihatan profesor-profesor Universiti Utara Malaysia.

EDC, UUM - Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia telah berjaya dilaksanakan pada 29 Mei 2026 bertempat di Dewan Angsana 2 dan 3, EDC, UUM. Mesyuarat ini telah membincangkan beberapa isu yang dikemukakan untuk perbincangan, mendapatkan pendapat dan mencari solusi yang dipersetujui bersama.



11 Disember, Manager's Coffee, UUM- Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan Majlis Sanjung Budi 2025 untuk meraikan persaraan profesor yang tamat perkhidmatan mereka pada tahun 2025. Dalam majlis ini, tiga orang profesor telah diraikan iaitu Prof. Dr. Shukri bin Ahmad, Prof. Ts. Dr. Suhaidi bin Hassan, dan Prof. Dr. Tengku Faekah binti Tengku Ariffin. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan ke atas khidmat bakti yang diberikan oleh profesor-profesor yang telah bersara.

Bengkel Pemantapan Prestasi Pasukan MPUUM telah diadakan pada 5hb-7hb Ogos 2024 bertempat di Hompton by the Beach Hotel, Pulau Pinang.
