Alumni    •    Vacancy

MPUUM Adakan Sesi Pertemuan Bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Sintok, 24 Mei - Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (MPUUM) telah mengadakan sesi pertemuan bersama Prof. Dr. Mohd. Azizuddin bin Mohd. Sani, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UUM bagi membincangkan beberapa isu kritikal semasa yang melibatkan universiti khususnya dalam aspek akademik dan pengantarabangsaan.

 news

Pertemuan tersebut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta mendapatkan maklum balas berkaitan isu semasa termasuk pelaksanaan BDR, cabaran pengambilan pelajar antarabangsa yang menunjukkan trend penurunan serta beberapa perkara lain berkaitan pembangunan akademik universiti.

Selain itu, perbincangan turut menyentuh keperluan untuk MPUUM bergerak lebih aktif melalui pelaksanaan perbincangan ilmiah (discourse & engagement) yang dapat memberi impak kepada warga universiti, komuniti akademik dan pihak berkepentingan.

MPUUM komited untuk terus memainkan peranan sebagai platform intelektual universiti dalam menyumbang idea, pandangan dan cadangan strategik ke arah memperkukuhkan kecemerlangan akademik serta agenda pengantarabangsaan UUM.