Alumni    •    Vacancy

MPUUM Penganjur Bersama Majlis Sanjungan Legasi Ilmu UUMCOB

Oleh: Siti Nur Madihah binti Mehat

Gambar oleh: Siti Nur Madihah binti Mehat

 

MPUUM Penganjur Bersama Majlis Sanjungan Legasi Ilmu UUMCOB

 

SINTOK, 28 Julai 2026 – Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (MPUUM) telah dijemput sebagai penganjur bersama bagi Majlis Sanjungan Legasi Ilmu UUMCOB yang dianjurkan oleh UUM College of Business (UUMCOB) bertempat di EDC Hotels & Resorts, Sintok, Kedah.

 MPUUM ft. UUMCOB

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan sanjungan terhadap jasa, sumbangan serta legasi ilmu para profesor yang telah menabur bakti dalam memperkukuh kecemerlangan akademik UUMCOB. Program turut menjadi wadah untuk menghargai pengalaman, kepakaran dan pandangan para profesor dalam bidang pengajaran, penyelidikan, kepimpinan akademik serta pembangunan bakat akademik.

Legasi Ilmu

Kerjasama antara UUMCOB dan MPUUM ini mencerminkan komitmen bersama dalam memelihara dan meneruskan legasi ilmu serta memperkukuh jaringan kolaborasi dalam kalangan warga akademik. Penganjuran majlis seumpama ini turut menjadi ruang untuk menghargai sumbangan para profesor yang telah banyak menyumbang kepada kecemerlangan dan pembangunan Universiti.

“Menghargai Jasa, Menyemai Inspirasi, Meneruskan Legasi.”