Page 10 - Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM
P. 10
KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
SEKAPUR SIRIH
DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
MENTERI DALAM NEGERI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
lhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-
ANya, Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) berjaya dilancarkan. Inisiatif ini dibangunkan sejajar keperluan dan
kepentingan untuk sesebuah organisasi memiliki kepimpinan yang kompeten
dan berkemahiran tinggi bagi mendepani evolusi trend jenayah yang semakin
kompleks dan mencabar.
Sebagai agensi penguat kuasa undang-undang terulung negara, PDRM
perlu diterajui pemimpin berwibawa yang bukan sahaja memiliki keupayaan
command and control, malah mampu memberi inspirasi, membimbing serta
membina pasukan yang berdaya tahan dan berkualiti bagi memacu organisasi
sebagai peneraju dalam mengekalkan Malaysia selamat dan aman. Kamus ini
dirangka sebagai satu panduan yang komprehensif bagi mengenal pasti dan
membangunkan ciri-ciri kepimpinan yang diperlukan oleh pasukan dalam
kalangan pegawai kanan PDRM bagi menjamin kesinambungan penyampaian
perkhidmatan yang mampan dan memenuhi ekspektasi masyarakat.
Kamus ini bukan sahaja berfungsi sebagai rujukan bagi memperkukuhkan
nilai kepimpinan sedia ada, malah turut menyediakan garis panduan dalam
mengenal pasti kompetensi utama yang perlu dimiliki oleh setiap peringkat
kepimpinan. Ia juga diharap dapat membantu dalam usaha memperkasakan
VIII

