Page 11 - Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM
P. 11
EDISI 2025
budaya kerja profesional, meningkatkan keberkesanan operasi serta
memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan berintegriti
kepada masyarakat.
Saya amat menaruh harapan agar PDRM menjadi agensi keselamatan kalis
masa hadapan yang dapat bergerak seiring dengan arus perkembangan
teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence - AI). Warga PDRM
wajib dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku yang
menjadi asas kepada pembangunan kompetensi kendiri. Walaupun AI masih
baharu di negara ini, pegawai PDRM perlu bersedia menerima perubahan
dengan fikiran yang terbuka (aware and ready to embrace changes) sebagai
persediaan menghadapi cabaran masa hadapan yang semakin kompleks dan
memerlukan pemikiran kritis serta tindakan yang strategik.
Semoga Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM ini dapat
dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua peringkat kepimpinan dalam PDRM
demi memperkukuhkan daya kepimpinan yang cemerlang, progresif dan
responsif terhadap keperluan semasa serta cabaran masa hadapan. Saya
yakin, pelaksanaan dasar sumber manusia yang sistematik ini mampu
melahirkan generasi pemimpin yang berkredibiliti tinggi, seterusnya memacu
PDRM untuk terus kekal relevan dan disegani di peringkat antarabangsa.
IX

