Page 14 - Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM
P. 14

KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
          KA T A ALU-ALUAN



























          PROF. DATO’ DR. MOHD FO’AD SAKDAN
          NAIB CANSELOR, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

          Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

            niversiti Utara Malaysia (UUM) setiasa menghulurkan tangan untuk
         Ubekerjasama terutama dalam bidang kepakaran UUM khususnya dalam
          bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia.

          Penerbitan Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan Polis Diraja Malaysia
          (PDRM) merupakan satu contoh kerjasama berjaya antara Polis Diraja Malaysia
          (PDRM) dan UUM. Kamus ini bukan sahaja menjadi satu dokumen rujukan,
          malah ia adalah hasil kajian mendalam, analisis kompetensi serta pemetaan
          tingkah laku kepimpinan strategik yang berteraskan pendekatan saintifik dan
          amalan terbaik antarabangsa. Dengan wujudnya kamus ini, PDRM kini memiliki
          satu instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan (reliability) dan kesahan
          (validity) di mana boleh digunakan dalam mengenal pasti, membangun
          dan menilai keupayaan kepimpinan pegawai-pegawai berjawatan strategik
          secara lebih menyeluruh, telus dan objektif. Penglibatan para penyelidik
          dan pakar UUM dalam projek ini merupakan satu penghormatan besar dan
          bukti komitmen UUM dalam memperkukuh pembangunan modal insan yang
          berkualiti tinggi, khususnya dalam perkhidmatan penguatkuasaan undang-
          undang.










       XII
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19