Page 12 - Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM
P. 12
KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
KA T A ALU-ALUAN
TAN SRI RAZARUDIN BIN HUSAIN
KETUA POLIS NEGARA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani.
egala puji dan syukur dirafakkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan
Slimpah kurnia dan izin-Nya jua, kita dapat melancarkan Kamus Kompetensi
Tingkah Laku Kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Edisi Tahun 2024, hasil
kerjasama strategik PDRM dan Universiti Utara Malaysia (UUM). Syabas dan
tahniah diucapkan kepada Bahagian Dasar Sumber Manusia (BDSM) Jabatan
Pengurusan, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan Universiti Utara Malaysia
(UUM) dan semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam pembangunan
kamus ini.
Kerjasama strategik PDRM-UUM adalah berpaksikan kepada Dasar
Pembangunan Sumber Manusia PDRM bagi melahirkan pegawai polis yang
memiliki pemikiran aras tinggi, tangkas, berkemahiran digital, kreatif serta
membudayakan nilai-nilai murni dan profesionalisme dalam melaksanakan
penugasan demi kelangsungan organisasi dan negara juga kemajuan kerjaya
pegawai polis.
X

