Page 102 - Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM
P. 102

KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN POLIS DIRAJA MALAYSIA





          5.0

          KEPIMPINAN BERWAWASAN






            5.6  VISI STRATEGIK



            DEFINISI

            Keupayaan untuk mempunyai pandangan jangka panjang dan membina
            wawasan bersama dengan orang lain; bertindak sebagai pemangkin
            perubahan organisasi serta berupaya mempengaruhi orang lain untuk
            menerjemahkan wawasan menjadi tindakan.
            PETUNJUK TINGKAH LAKU

            •   Menyampaikan wawasan yang jelas dan relevan bersesuaian dengan
                kata-kata dan tindakan mengenai kedudukan organisasi dalam
                tempoh jangka panjang.

            •   Mempengaruhi dan menyakinkan orang lain dalam menterjemahkan
                wawasan kepada tindakan.

            •   Menyampaikan wawasan yang kukuh, dikongsi bersama mengenai
                keadaan yang diinginkan yang menjadi asas untuk merumuskan
                strategi dan matlamat organisasi.

            •   Menunjukkan rasa optimis dan rasa keperluan segera yang memberi
                inspirasi pada orang lain untuk menerapkan wawasan tersebut.




















       86
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107