Page 18 - Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM
P. 18

KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
                  PENDAHULUAN










                    Fenomena globalisasi membawa impak signifikan
                    kepada gaya hidup dan kaedah kerja yang dijalankan.
                    Perubahan ini mewujudkan situasi yang lebih rumit,
                    rencam dan sukar dijangka. Pasukan menyedari
                    situasi ini dapat ditangani melalui anjakan paradigma
                    terhadap pemikiran dan tingkah laku bekerja yang boleh
                    meningkatkan kebolehupayaan modal insan.

                    Justeru, bermula pada tahun 2009, PDRM dengan
                    kerjasama syarikat perunding ICC Sdn. Bhd. mula
                    mengkaji keperluan pembangunan sumber manusia
                    berteraskan kompetensi dan seterusnya telah
                    membangunkan kamus kompetensi PDRM pada tahun
                    2014. Sebanyak 22 kompetensi telah dibangunkan
                    dan digunapakai dalam penilaian kenaikan pangkat
                    bagi pegawai kanan berpangkat Inspektor sehingga
                    Deputi Superintenden Polis bermula tahun 2015. Seiring
                    pelaksanaan kompetensi bagi jawatan strategik PDRM,
                    kamus kompetensi PDRM telah diperkemaskan semula
                    untuk disuaipadankan dengan keperluan kompetensi
                    jawatan strategik PDRM melalui kerjasama dengan
                    Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Universiti Utara
                    Malaysia.

                    Melalui penilaian berteraskan kompetensi ini pegawai
                    polis dapat dibezakan melalui motif tingkah laku kerja,
                    pemikiran aras tinggi dan ketangkasan tindakan. Secara
                    tidak langsung kompetensi berfungsi sebagai tanda aras
                    dalam menilai potensi pegawai polis bagi menentukan
                    barisan pelapis pasukan, khususnya dalam aspek
                    kepimpinan menepati keperluan semasa.
















        2
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23