Page 21 - Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM
P. 21
EDISI 2025
KOMPETENSI TINGKAH LAKU
Kompetensi tingkah laku ditakrifkan sebagai ciri-ciri yang mendasari
karakter seseorang individu terhadap sebab dan akibat berasaskan
keberkesanan rujukan-kriteria dan/atau kecemerlangan prestasi dalam
melaksanakan sesuatu kerja atau menghadapi situasi.
Behavioral competency is defined as an underlying characteristic of an
individual that is causally related to criterion-referenced effective and/or
superior performance in a job or situation.
(Spencer & Spencer, 1993)
Kompetensi menggambarkan tingkah laku, tetapi tidak untuk
menggambarkan tahap prestasi, atau kecekapan. Setiap kecekapan
digambarkan oleh tingkah laku utama atau fungsi kerja kritikal atau
kandungan teknikal yang biasa dilakukan oleh industri.
A competency describes a behavior, but not to describe a level of
performance, or competence. Each competency is described by key
behaviors or the critical work functions or technical content common to an
industry.
(Univ of Michigan Human Resource and Administration website, 2020)
Kompetensi tingkah laku juga merupakan sebarang ciri-ciri tingkah laku
seperti pengetahuan, set kemahiran insaniah seperti kerja berpasukan,
kepemimpinan, teknik penyelesaian masalah dan lain-lain, yang
menyumbang kepada perkembangan individu bagi membolehkan
individu tersebut memainkan peranan yang lebih besar dalam sesebuah
organisasi.
Any behaviour attribute such as knowledge, skill set, teamwork, leadership
skills, technical know-how, etc. which contribute to the development
of an individual in the organization to take up bigger roles is known as
behaviour competency.
5

