Page 22 - Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM
P. 22
KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
PEMBANGUNAN PENILAIAN KOMPETENSI
TINGKAH LAKU KEPIMPINAN
Pendekatan pembangunan penilaian kompetensi tingkah laku yang
dilaksanakan adalah untuk menentukan ciri-ciri tingkah laku prestasi kerja
yang cemerlang, iaitu prestasi yang melangkaui jangkaan tugasan yang
dipertanggungjawabkan. Dapatan analisis kompetensi yang diperolehi
adalah untuk mengenal pasti kompetensi tingkah laku terhadap individu
berprestasi cemerlang dan berkesan dalam melaksanakan peranan
tertentu.
▲ Beberapa andaian mendasari kaedah pembangunan penilaian ini
adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri tingkah laku bagi membezakan
prestasi terbaik dalam pekerjaan tertentu:
▲ Hanya beberapa individu yang menunjukkan tingkah laku prestasi
yang lebih berkesan dan cemerlang berbanding dengan yang lain
dalam setiap pekerjaan.
▲ Individu yang cemerlang melakukan pekerjaan mereka dengan cara
yang berbeza dan mempunyai kompetensi yang berbeza (iaitu, ciri,
sifat, motif).
▲ Kaedah terbaik untuk mengenalpasti ciri-ciri tingkah laku yang
berprestasi cemerlang adalah dengan mengkaji tingkah laku individu
berprestasi tinggi.
Sehubungan itu, Kamus Kompetensi ini menyenaraikan semua
kompetensi tingkah laku yang telah dikenalpasti penting untuk diamalkan
oleh setiap pegawai polis.
6

