Page 32 - Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM
P. 32
KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
1.0
KEBERKESANAN INDIVIDU
1.1 KESEDARAN KENDIRI
DEFINISI
Keupayaan mempamerkan kesedaran, penilaian dan kawalan yang tepat
terhadap keadaan emosi, sikap, sistem kepercayaan, imej dan kekuatan
seseorang dengan cara untuk mengekalkan momentum, keberkesanan
peribadi dan kestabilan emosi, walaupun dalam menghadapi kesulitan,
provokasi, tekanan dan/atau beban tugas yang tinggi. Mengakui
bidang kekuatan peribadi dan profesional seseorang serta bidang
pengembangan dan komited untuk pembelajaran berterusan.
PETUNJUK TINGKAH LAKU
• Menyedari kekuatan dan kelemahan sendiri dan kesannya terhadap
keperluan tugas PDRM.
• Mencari dan menggunakan maklum balas daripada orang lain untuk
menilai dan meningkatkan prestasi sendiri.
• Menguruskan masa sendiri dengan berkesan.
• Berusaha meningkatkan prestasi sendiri dan mengambil tindakan
pembetulan untuk mengatasi kelemahan yang dikenal pasti.
• Bertanggungjawab sepenuhnya untuk pencapaian sendiri.
• Tabah dalam menghadapi halangan untuk mencapai prestasi dan
objektif tugas.
• Konsisten dalam melaksanakan tugas.
• Boleh dipercayai, menepati masa dan teliti.
16

