Page 68 - Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM
P. 68
KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
3.0
KETERANGKUMAN
3.3 KETULENAN
DEFINISI
Keupayaan untuk mempamerkan sejauh mana seseorang itu jujur / tulen
terhadap dirinya sendiri dan sedia berkongsi pemikiran, perasaan dan
maklumat yang relevan mengenai pengalaman peribadi secara terbuka
dengan orang lain.
PETUNJUK TINGKAH LAKU
• Mempamerkan diri sejati di mana seseorang merasa selesa untuk
menunjukkan dirinya yang sebenar di tempat kerja.
• Sikap keaslian yang sesuai dengan tindakan dan ucapannya.
• Menunjukkan sikap keterbukaan dan tidak defensif terhadap
perasaan dan ekspresi orang lain.
• Tidak menunjukkan jarak antara diri dengan orang lain.
• Menyedari emosi dan perasaannya serta dapat menguruskannya
untuk membolehkan dirinya berinteraksi secara semula jadi.
52

