Page 40 - Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM
P. 40
KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
1.0
KEBERKESANAN INDIVIDU
1.5 KEPRIHATINAN TERHADAP PENCAPAIAN
DEFINISI
Keinginan untuk mempertingkatkan prestasi dengan menetapkan dan
mencapai matlamat yang mencabar, membuat keputusan yang boleh
memperbaiki pencapaian yang diukur, mengambil risiko yang boleh
memperkasa pencapaian, menggembleng sumber-sumber dalam
keadaan yang tidak menentu dan berpendirian jitu.
PETUNJUK TINGKAH LAKU
• Menetapkan objektif yang boleh diukur untuk diri sendiri dan orang
lain.
• Mempamerkan keprihatinan untuk menepati piawaian prestasi.
• Mengambil kira penilaian risiko ke arah pencapaian matlamat yang
mencabar.
• Menilai dan menyusun keutamaan terhadap idea, tindakan, projek
dan pelanggan dari segi keuntungan, kos dan faedah (dalam konteks
keselamatan dan ketenteraman awam).
• Menggembleng sumber-sumber dalam situasi yang tidak menentu.
• Kebertanggungjawaban ke atas pencapaian keseluruhan.
24

