Page 44 - Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM
P. 44

KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN POLIS DIRAJA MALAYSIA





          1.0

          KEBERKESANAN INDIVIDU






            1.7  KOMITMEN ORGANISASI



            DEFINISI

            Keupayaan dan kesanggupan untuk menyesuaikan tingkah laku sendiri
            selari dengan keperluan, keutamaan dan matlamat organisasi.

            PETUNJUK TINGKAH LAKU
            •   Memahami amanah dan tanggungjawab organisasi. Menunjukkan
                semangat untuk menyumbang kepada kejayaan organisasi.
                Kesedaran terhadap politik organisasi dan menggunakannya ke arah
                kebaikan organisasi.

            •   Menzahirkan kesetiaan dan komitmen terhadap visi, misi dan objektif
                organisasi seiring dengan Kod Etika dan dasar organisasi.

            •   Mempertahankan mandat organisasi dengan berkesan dalam
                pelbagai keadaan tanpa mengira halangan dan cabaran yang
                dihadapi. Berusaha untuk memperoleh komitmen dari orang lain.

            •   Membina pengetahuan dan kepakaran yang akan memberi nilai
                tambah kepada keberhasilan organisasi.

            •   Bertindak untuk menyebar luas matlamat organisasi atau memenuhi
                keperluan organisasi.

            •   Mendahulukan kepentingan organisasi daripada kepentingan sendiri.














       28
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49