Page 48 - Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM
P. 48
KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
2.0
KEBERTANGGUNGJAWABAN
TINDAKBALAS TERHADAP MASALAH
2.1 PENCARIAN MAKLUMAT
DEFINISI
Mengumpulkan maklumat penting daripada pelbagai sumber utama dan
menggunakannya untuk menyelesaikan masalah.
PETUNJUK TINGKAH LAKU
• Mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada sumber yang ada.
• Mengumpulkan maklumat penting yang sensitif dan strategik dalam
mengenal pasti masalah.
• Mengesahkan maklumat bagi memastikan ketepatan atau kewajaran.
• Mendapatkan data penting untuk menguji andaian.
• Mengumpulkan maklumat daripada sumber-sumber utama untuk
memahami sepenuhnya punca masalah.
• Melibatkan orang lain yang kebiasaannya tidak terlibat dalam
menyediakan maklumat.
32

