Page 52 - Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM
P. 52
KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
2.0
KEBERTANGGUNGJAWABAN
TINDAKBALAS TERHADAP MASALAH
2.3 IMPAK & PENGARUHI PIHAK LAIN
DEFINISI
Mempengaruhi pihak lain melalui strategi dan tindakan yang boleh
memberi kesan kepada mereka (Bertindak secara berkesan sebagaimana
yang dirancang, berdasarkan pemilihan dan penyaluran maklumat,
mengatur kesepakatan, menggunakan pakar luar untuk mencapai
keberhasilan).
PETUNJUK TINGKAH LAKU
• Mempengaruhi individu penting untuk mendapatkan persetujuan.
• Mengenal pasti keperluan berbeza bagi individu penting dan
menyesuaikan strategi untuk mempengaruhi mereka.
• Menukar taktik dalam situasi yang berubah untuk meyakinkan pihak
lain.
• Bekerja dengan sistem formal dan tidak formal untuk mempengaruhi
situasi.
• Merumus dan membentangkan hujah yang meyakinkan.
• Menggunakan pihak ketiga atau pakar untuk mempengaruhi
keputusan.
• Mengambil kira pendekatan yang akan mempengaruhi orang lain.
36

