Page 56 - Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM
P. 56
KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
2.0
KEBERTANGGUNGJAWABAN
TINDAKBALAS TERHADAP MASALAH
2.5 INOVASI & PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN
DEFINISI
Keupayaan untuk mengukur dan memperbaiki atau menaiktaraf
kaedah, prosedur dan sistem kerja dengan kos yang optimum bagi
penambahbaikan kualiti serta kecekapan penugasan dan perkhidmatan
kepada masyarakat secara berterusan.
PETUNJUK TINGKAH LAKU
• Memahami nilai inovasi serta kepentingan untuk meningkatkan kualiti
kerja secara berterusan.
• Mengenalpasti alternatif terbaik di dalam pelaksanaan tugas dengan
mengambilkira peluang-peluang penambahbaikan bagi mencapai
sasaran kerja.
• Menerima maklum balas daripada semua pihak berkepentingan
secara sistematik dalam tugasan, sistem dan sebagainya.
• Melaksanakan penambahbaikan melalui kaedah-kaedah khusus bagi
memastikan tugas atau proses kerja dapat dilaksanakan dengan lebih
efisien.
• Memahami proses penugasan serta kepentingan pencapaian objektif
dan sasaran yang telah ditetapkan.
• Mengkaji amalan terbaik yang boleh digunakan untuk meningkatkan
kualiti tugas dan proses kerja secara berterusan.
40

