Page 88 - Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM
P. 88
KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
4.0
PENYAMPAIAN KEBERHASILAN
4.6 MEMBUAT KEPUTUSAN STRATEGIK
DEFINISI
Keupayaan untuk membuat keputusan strategik yang bercirikan inovasi,
kompleksiti dan keterbukaan melalui proses membuat keputusan,
perlaksanaan dan faktor-faktor yang mempengaruhi proses yang
membantu dalam memastikan kecekapan keputusan strategik tersebut
dapat menyumbang kearah meningkatkan prestasi organisasi.
PETUNJUK TINGKAH LAKU
• Menilai masalah yang kompleks dengan mempertimbangkan
alternatif bagi setiap masalah secara terperinci.
• Menunjukkan tingkah laku proaktif dalam melihat isu-isu yang
berbeza dan bertentangan dengan maklumat dan penyelesaian yang
sedia ada.
• Mempertimbangkan kos, faedah, risiko, dan peluang untuk
penyelesaian berkesan ketika membuat keputusan.
• Membuat keputusan berdasarkan fakta yang tepat, terutama ketika
berada dalam tekanan atau menghadapi kesamaran.
• Membuat keputusan betul dan tepat pada masanya, serta relevan
dengan matlamat organisasi untuk jangkamasa yang tertentu.
72

