Page 92 - Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM
P. 92

KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN POLIS DIRAJA MALAYSIA





          5.0

          KEPIMPINAN BERWAWASAN






            5.1  KEPIMPINAN PASUKAN



            DEFINISI

            Keupayaan mengetuai kumpulan dalam membangunkan kerjasama
            berpasukan dan berkolaborasi ke arah menyelesaikan permasalahan
            yang memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

            PETUNJUK TINGKAH LAKU

            •   Mendapatkan input ahli kumpulan dan menggalakkan penyertaan
                mereka.

            •   Menunjukkan keprihatinan dengan memberi layanan secara adil dan
                saksama.
            •   Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pihak yang telah
                memberikan sumbangan.
            •   Mengenal pasti dan memberi penekanan dalam penyelesaian untuk
                manfaat semua pihak.

            •   Menyampaikan perkembangan terkini secara berterusan kepada ahli
                pasukan.

            •   Menggalakkan persekitaran kerja kondusif, semangat berpasukan
                dan esprit-de-corps.
















       76
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97