Page 84 - Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM
P. 84

KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN POLIS DIRAJA MALAYSIA





          4.0

          PENYAMPAIAN KEBERHASILAN






            4.4  KEPRIHATINAN TERHADAP KETETAPAN DAN JAMINAN KUALITI



            DEFINISI

            Teliti dalam menyempurnakan tugas melalui keprihatinan terhadap
            semua bahagian yang terlibat, walau sekecil mana pun.

            PETUNJUK TINGKAH LAKU
            •   Menitikberatkan setiap perkara dilakukan dengan betul, teliti dan
                tepat.

            •   Mematuhi dasar, prosedur dan langkah keselamatan dalam
                menggunakan pelbagai peralatan.

            •   Melengkapkan semua laporan dan dokumen mengikut prosedur dan
                piawaian.

            •   Mengekalkan ruang kerja yang lengkap.

            •   Menyediakan data tugasan yang tepat dan konsisten.

            •   Menyediakan maklumat, tepat pada masanya kepada pihak yang
                perlu untuk bertindak ke atasnya.

            •   Menyediakan maklumat dalam bentuk yang boleh digunakan oleh
                pihak yang perlu untuk bertindak ke atasnya.

            •   Menyediakan senarai semak, jadual, kalendar, dan lain-lain, untuk
                memastikan tiada butiran yang tercicir.

            •   Menyemak berulang kali bagi memastikan ketepatan maklumat.

            •   Memantau butiran dan kualiti kerja pihak lain bagi memastikan
                prosedur dipatuhi.




       68
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89