Page 24 - Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM
P. 24
KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
KERANGKA KOMPETENSI
Kerangka kompetensi adalah merujuk kepada set kompetensi tingkah
laku yang telah dikenalpasti sebagai pemacu prestasi cemerlang dalam
peranan tertentu. Kompetensi dibangunkan mengikut gred jawatan
bermula dengan kompetensi perorangan (individu) dan akhirnya
membentuk kompetensi kepimpinan pasukan. Ia adalah kerangka yang
berupaya membezakan prestasi berdasarkan akauntabiliti setiap gred
jawatan dalam PDRM.
Kerangka tingkah laku yang dibangunkan mempamerkan 5 teras
kompetensi yang membentuk akronim P.R.I.D.E. yang membawa maksud
perlaksanaan kerja yang dibuat mengikut kompetensi ditetapkan sudah
pasti akan membawa imej PDRM yang bermaruah lagi berwibawa.
Kerangka ini merangkumi elemen-elemen yang akan mengukur tingkah
laku dalam peranan dan akauntabiliti setiap gred jawatan PDRM
yang diharapkan dan perlu dicapai. Ini dapat diterjemahkan melalui
pelaksanaan penilaian kompetensi tingkah laku.
Sehubungan itu, kerangka kecekapan tingkah laku membolehkan
organisasi menjelaskan hasil yang disasarkan dan mengenalpasti
standard prestasi bagi setiap peringkat organisasi. Ini merangkumi
nilai-nilai kerja PDRM, prinsip panduan (SOP), prioriti kepemimpinan
organisasi dan berfungsi sebagai panduan bagi pemimpin dan pasukan
mereka. Ini dapat membantu memahami tingkah laku yang diharapkan
dan apa yang harus mereka capai. Oleh sebab prinsip dan keutamaan ini
sentiasa berubah dari semasa ke semasa, kerangka kompetensi tingkah
laku akan disesuaikan mengikut perubahan ini dalam tempoh 3-5 tahun
(Kementerian Sumber Manusia, UAE, 2019)
8

