Page 96 - Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM
P. 96
KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
5.0
KEPIMPINAN BERWAWASAN
5.3 MEMACU HALATUJU
DEFINISI
Menggunakan gaya interpersonal dan kaedah yang bersesuaian serta
hujah logik untuk meyakinkan pihak lain menerima idea, rancangan,
aktiviti atau perkhidmatan.
PETUNJUK TINGKAH LAKU
• Menyatakan manfaat yang boleh diperolehi hasil daripada tindakan
yang dirancang bagi mendapatkan penerimaan mereka.
• Menggunakan maklumat berfakta dengan berkesan untuk
menyokong pandangan.
• Menggunakan hujah dan penaakulan (logik) bagi menyokong isu
berkaitan.
• Memberikan beberapa hujah yang berbeza untuk menyokong
pandangan.
• Menjangkakan dan bersedia untuk tindakbalas daripada pihak lain.
80

