Page 94 - Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM
P. 94
KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
5.0
KEPIMPINAN BERWAWASAN
5.2 MEMBANGUNKAN POTENSI ORANG LAIN
DEFINISI
Berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan kompetensi orang
bawahan atau pihak lain dengan memberikan maklumbalas prestasi
tingkah laku spesifik, latihan dan bimbingan yang berkesan, serta
memperkaya pengalaman dan memperluas peluang.
PETUNJUK TINGKAH LAKU
• Memberi galakan kepada pihak lain untuk meningkatkan motivasi/
potensi mereka.
• Meyakinkan orang bawahan selepas mengalami kecewaan dan
kegagalan.
• Memperuntukkan usaha yang lebih dalam membantu dan
menyediakan tindakan susulan yang terperinci.
• Meluangkan masa untuk mendengar masalah orang bawahan.
• Memberi tugasan dan latihan kepada orang bawahan untuk
membangunkan kebolehan mereka.
• Memberi bimbingan dan nasihat yang diperlukan.
78

